cerita pasal MYSPACE, aku mempunyai kenangan terindah dengannya. siapa sangka MYSPACE adalah saluran yang membuahkan hubunganantara aku dengan orang yang aku sayang tika ni.
CINTA ALAM MAYA.
Kelakarkan ayat tu? hahaha, aku sendiri pun tergelak. tak pernah aku termimpi nak bermain cinta dengan orang yang aku kenal melalui laman sosial macam tu. Bagi aku, apa sahaja maklumat yang diberikan oleh seseorang dalam laman sosial adalah TIPU semata-mata.
TAPI.... tarikh 13.09.09 takkan aku lupa selamanya dan mengubah pendirian aku terhadap laman sosial. .
kisah bermula apabila seorang mamat yang tidak aku kenali, tiba-tiba aje menghantar komen mengucapankan 'ellow' pada aku dan membuatkan aku terdetik untuk membalas komen dia. sejujurnya aku tak pernah membalas komen mana2 laki lain sejak aku dikecewakan oleh 's'. BLABLABLA. peduliklah kalu org nak kata aku masa tu sombong tahap gaban. aku tak kisah.
Tapi dengan mamat ni lain. Buat aku rasa geram aje dengan perangai dia.. mana tak nya. asyik buat aku ternanti2 komen dia setiap hari!. aku bagi hari ni. 2, 3 hari kemudian barulah dia akan membalas. bila aku on9. dia off9. bila dia 0n9, aku pulak off9. kadang nak bertemu sama2 0n9 tu, memang berbulu la.
mula-mula, aku tak berharap sangatlah pada laki ni. aku hanya angap macam kawan-kawan yang lain. apa yang menarik sangat pasal dia ni. dia suka buat aku tergelak sengsorang. depan komputer pun aku boleh tergelak tak ingat dunia. mujur ibu tak baling aku dengan periuk. kalau tidak, herot muka aku. :( pendek kata, dia buat hati aku senang dan tenang.!
Selepas beberapa bulan kenal melalui alam Maya, aku akhirnya bertemu dia. Memang mulanya kami bertemu sebab aku ade function di KL, dan masa tu. aku mengajak dia untuk join sekali. tak sangka sejak itu, kami semakin rapat. Kelakar sengsangat malam tu sebab aku dah aim, lepas meet kali ni, mesti dia akan blah. Yela, laki kan suka yg cantik dan menarik aje. aku tak delah cantik sangat. so, aku aimlah dia akan tinggalkan aku dan senyap tanpa berita. Rupanye sangkaan aku melesat sama sekali. Bermula detik itu, kami semakin rapat rupanya.
Pertemuan demi pertemuan mula menyusul selepas itu. Hubungan kami semakin hari semakin akrab, rasa sayang padanya mulai timbul dan lama kelamaan menjadi kasih.
Akhirnya setelah 5bulan mengenali hati masing-masing, kami membuat keputusan untuk memutuskan hubungan sebagai kawan dan meng UPGRADE kan hubungan kami menjadi kekasih. (16.02.2010)
PERETEMUAN PERTAMA:)
0 bgy cium .:
Catat Ulasan